Selasa, 5 Februari 2013

Temerloh Bukan Murah Lagi....


......Mahal!....Mahal!.......Mahal!.........

Pembangunan bandar Temerloh yang begitu cepat dan padat mempengaruhi kenaikan harga samaada dari segi nilai hartanah atau pun keperluan seharian. Sebagai contoh, disebabkan terlalu banyak pasaraya yang tumbuh bagai cendawan yang berlumba-lumba menjual barangan basah telah menyebabkan pelanggan ke pasar besar Temerloh menjadi kurang. Penduduk lebih rela membeli barangan dapur semasa pulang kerja daripada bangun pagi ke pasar. Tambahan pula barangan masih segar dan harganya yang murah. Di sebabkan permintaan yang kurang maka harga di pasar Temerloh agak tinggi. 

Hujung minggu lepas aku kepingin untuk makan masak lemak ikan talapia bersama keluarga. Aku kesebuah gerai yang agak 'famous' kat Temerloh ni. Aku kira dengan seekor talapia lebih dari mencukupi untuk makan tengahari...separuh ekor dan separuh kepala. Sebelum ini RM8 separuh. Jadi..kalau seekaor dalam RM16..oklah tu. Selepas dibungkus rupa-rupanya sekerat RM15 dan seekor dah jadi RM30. Itu baru masak lemak! campur itu campur ini...RM50. Habis tu macamana...nak makan punya pasal redza ajelaaaah. Bak kata pepatah " barang aku punya, perut..perut engkau". nak makan bayar je lah!
Jadi teringat aku kepada kisah sepasang kekasih yang makan ikan jelawat kat Jerantut suatu masa dulu sehingga kena tinggalkan jam tangan kerana tak cukup wang .


Selesai kisah barang, habis kisah makan..kita tengok pula soal hartanah di sekeliling Temerloh. Setakat ini bangunan perniagaan mencecah sehingga RM800K dan yang terbaru difahamkan bangunan perniagaan bersebelahan jirat cina (berhampiran bulatan) mencecah harga hingga RM1 juta. Siapakah yang mampu dengan harga ini? Burung walit pun dah tak sanggup untuk menyewanya lagi kerana nilai sarangnya yang telah susut.
Walaupun begitu tidak hairan sekiranya bangunan ini tetap akan penuhi kerana kedudukanya yang terletak di persimpangan lebuhraya lama ke KL, Triang, Kuantan dan Temerloh. Lagi pula ianya akan menjadi berdekatan dengan IPD baru, Masjid baru dan juga Taman Rekreasi Kubang Gajah.
Ada beberapa lokasi lagi yang akan menjadi tumpuan pemaju selepas ini iaitu kawasan bersebelahan stesyen bas baru (bekas tapak gerai) dan juga di tapak balai polis lama yang ada sekarang ini. Difahamkan separuh daripada tanah yang diduduki balai Polis sekarang ini akan dimajukan sementara sebahagian kecil sahaja bangunan balai yang akan terus beroperasi.


Yang pastinya semua bangunan perniagaan ini akan tetap dipenuhi walaupun ia akan mencecah jutaan ringgit. Dua kawasan ini sangat ditunggu-tungu oleh para pembeli yang memahami dibidang hartanah.

Tunggu dan lihat....!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan