Rabu, 30 Januari 2013

Masjid Bandar Temerloh di tutup sementara.....

Masjid Abu Bakar Temerloh ditutup mulai 2hb.Januari 2012 untuk kerja-kerja baikpulih. Banyak kebocoran berlaku apabila hujan lebat. Buat sementara waktu ini penduduk Temerloh bolehlah menggunakan Surau yang terletak dipadang Kubang Gajah. Begitu juga, khemah-khemah dipasang supaya jemaah dapat menunaikan sembahyang fardzu Jumaat menggantikan Masjid Abu Bakar. 


Sementara itu satu peruntukan sebanyak RM20 juta telah di istiharkan oleh Perdana Menteri kita,DatoSri Najib dalam lawatannya ke Temerloh tahun lalu. Masjid baru ini dirancangkan dibina di kawasan berhampiran bangunan IPD Temerloh yang sedang dalam pembinaan. Dengan adanya masjid yang baru yang bakal dibina ini  maka persoalan penduduk Temerloh akhirnya terjawab. Bandar-bandar lain seperti Bera, Maran, Jerantut sudah lama mempunyai masjid yang tersergam indah lambang kebesaran syiar Islam di bandar masing-masing.

  
Yang pentingnya bukan sebuah masjid yang besar dan indah tetapi penggunaan serta pengisian semaksima mungkin untuk mengembangkan syiar Islam semoga Temerloh terhindar dari gulungan yang lupa pada  diri, bangsa dan agamanya sendiri. InsyaAllah.

Jumaat, 25 Januari 2013

TEMERLOH Bandar Ikan Patin


SELAMAT DATANG KE BANDAR IKAN PATIN 
  


Temerloh adalah sebuah bandar yang terletak ditengah-tengah negara kita Malaysia. Temerloh memang terkenal dengan sinonim ikan patin-nya sejak dulu lagi. Bagi mereka yang baru berkunjung ke Temerloh atau pun dalam perjalanan ke Kuantan atau Ke Kuala Lumpur, jangan ketinggalan menikmati keenakan patin tempoyak yang begitu terkenal disekitar bandar Temerloh. Terdapat beberapa buah gerai yang menjadi tumpuan orang ramai apabila tiba waktu sarapan tengahari. Terdapat beberapa buah gerai di sepanjang tepi Sungai Pahang berdekatan Petronas dan ada juga beberapa buah restoran yang menyajikan ikan patin tempoyak di tengah bandar Temerloh. Dengan harganya yang berpatutan dan dengan keenakan rasa masakan kampungnya menjadikan Temerloh sebuah pusat tumpuan masyarakat tempatan dan juga pengunjung asing untuk mendapatkan sajian asam pedas ikan patin.


Difahamkan ikan patin Temerloh adalah yang terbaik dibandingkan dengan ikan patin yang diternak di negeri-negeri lain dari segi rasa dan keenakan aslinya. 

Temerloh Kian Membangun

Temerloh yang dulunya dipenuhi hutan belukar disepanjang jalan kini sebahagian besarnya telah dimajukan oleh Majlis Kerajaan Tempatan untuk dijadikan kawasan perumahan serta pusat perniagaan utama. Salah satu kawasan baru yang dimajukan ialah di kawasan Mentakab yang dikenali sebagai Star Mall. Dengan adanya pembangunan di sini maka timbul beberapa taman perumahan yang eksklusif yang harganya mencecah melebihi RM300K. Masalahnya ...mampukah bangsa Melayu memilikinya?

Sebuah lagi komplek membelibelah telah didirikan di bandar Temerloh yang dimiliki Tong Fatt yang merupakan pusat membeli belah keduanya setelah Mentakab. Inilah komplek membeli belah yang menjadi tumpuan penduduk setempat untuk mendapatkan barangan basah yang berkualiti selain dari komplek perniagaan yang lain seperti Tunas Manja, The Store dan beberapa pusat membeli belah lain yang yang tak kurang juga popularitinya.

Warga Temerloh sangat bertuah kerana segala-galanya terdapat disekeliling kita.