Rabu, 30 Januari 2013

Masjid Bandar Temerloh di tutup sementara.....

Masjid Abu Bakar Temerloh ditutup mulai 2hb.Januari 2012 untuk kerja-kerja baikpulih. Banyak kebocoran berlaku apabila hujan lebat. Buat sementara waktu ini penduduk Temerloh bolehlah menggunakan Surau yang terletak dipadang Kubang Gajah. Begitu juga, khemah-khemah dipasang supaya jemaah dapat menunaikan sembahyang fardzu Jumaat menggantikan Masjid Abu Bakar. 


Sementara itu satu peruntukan sebanyak RM20 juta telah di istiharkan oleh Perdana Menteri kita,DatoSri Najib dalam lawatannya ke Temerloh tahun lalu. Masjid baru ini dirancangkan dibina di kawasan berhampiran bangunan IPD Temerloh yang sedang dalam pembinaan. Dengan adanya masjid yang baru yang bakal dibina ini  maka persoalan penduduk Temerloh akhirnya terjawab. Bandar-bandar lain seperti Bera, Maran, Jerantut sudah lama mempunyai masjid yang tersergam indah lambang kebesaran syiar Islam di bandar masing-masing.

  
Yang pentingnya bukan sebuah masjid yang besar dan indah tetapi penggunaan serta pengisian semaksima mungkin untuk mengembangkan syiar Islam semoga Temerloh terhindar dari gulungan yang lupa pada  diri, bangsa dan agamanya sendiri. InsyaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan