Jumaat, 15 Februari 2013

Piket Pekerja-Pekerja Bank CIMB


NUBE berpiket hadapan CIMB Temerloh.

Pagi ini antara jam 11.00 pagi saya agak terkejut apabila terlihat sekumpulan lebih kurang 100 orang yang berbaju merah berhimpun dihadapan bank CIMB memekik-mekik sambil membawa sepanduk dan poster yang mengutuk pengurusan CIMB. Ada diantara mereka mengedarkan pamplet kepada orang-orang yang lalu lalang dan keluar masuk kedalam bank. Kebanyakan mereka adalah dipercayai dari wakil-wakil Kesatuan NUBE.




Antara poster-poster tersebut mengutuk pihak pengurusan tertinggi yang dikatakan telah memungkiri janji. Juga mereka menyalahkan pihak pengurusan bank yang tidak menyelesaikan sebanyak 27 kes yang di adukan oleh pihak pekerja.
Penulis tidaklah mahu memberi komen yang penulis sendiri tidak pasti tetapi sepanduk, poster dibawah menceritakan luahan perasaan para pekerja dan juga ahli-ahli kesatuan NUBE yang mendakwa memperjuangkan dan mempertahankan hak-hak, maruah dan martabat golongan pekerja berpendapatan paling rendah dalam bank GLC di Malaysia. 










Tindakan ini ada baik buruknya apatah lagi sekarang ini adalah masa yang mereka fikir paling sesuai untuk membuat sebarang tuntutan kerana pilihanraya yang sudah hampir tiba.
Tapi yang pentingnya pak cik, mak cik yang datang untuk tunaikan baucher BRIM2.0 tidak tergugat.
Anggap saja ini seperti Pesta Angpow ....yang pentingnya...masyuuuuuuuuk!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan