Ahad, 10 Februari 2013

Kisah Derma Pembinaan Yang Tak Berkesudahan.

Bang...derma bang...........bang, derma bang,.........bang, derma bang..........    
Sebelum tahun 2013 melangkah lebih jauh lagi, saya hendak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2013 dengan harapan diri kita akan bertambah baik. Kadang- kadang terfikir jugak kita apa bisnes yang boleh buat untuk mendapatkan wang mudah. Dulunya kalau kat Temerloh ni apa saja MLM ujud pasti akan sampai ke Temerloh. Ramai sudah yang naik atau jatuh merudum dalam MLM ni semuanya bergantung kepada usaha yang serious. Yang berjaya kerana mereka tawakal buat sungguh-sungguh. Yang gagalnya adalah mereka yang tidak ada asas MLM cuma jadi pak pandir yang banyak berangan-angan. Sekarang ini nampak 'slow down' sikit MLM kat Temerloh. banyak yang dah 'give-up' terus.

Di Temerloh ni, salah satu bisnes yang tidak pernah ada surutnya adalah pungutan 'derma' untuk pelbagai projek. Bisnes ini bermusim. Pada masa bulan puasa begitu ramai peminta-peminta derma dari luar negeri terutamanya Pakistan. Yang peliknya siang berserban lengkap tapi pada malamnya pula kelihatan berseluar pendek dan tanpa berserban. Jadi nak salahkan siapa?
Memang kita umat Islam di galakan bersedekah tapi harap-harap sedekah kita pergi kepada badan atau individu yang sepatutnya. Jangan asyik tertipu je...mentang-mentanglah orang Melayu lembut hati dan mudah kesihan maka kita yang jadi mangsa.

Satu ketika yang lain pula, gulungan kanak-kanak digunakan untuk memungut 'derma' dihadapan bank-bank dan juga kedai minyak. Kita tahu saluran 'derma' ini pergi kemana tetapi melihatkan air muka anak-anak yang dipergunakan ini kesihan rasanya ibu-bapa yang mengharapkan anak-anak ini menimba ilmu agama di pusat-pusat pengajian ini. Kalau mereka berdiri dari pagi hingga ke malam setiap hari, bila masa pulak mereka belajar? Pernah kanak-kanak ini datang ke kedai saya memilih makanan ringan yang termurah untuk sarapan tengahari mereka. Pernah juga saya melihat sekumpulan kanak-kanak ini berjalan beramai-ramai pulang ke markas penginapan mereka di Temerloh Jaya waktu malam...mungkin pemandu yang sepatutnya memungut mereka terlupa atau terlalu ramai untuk di pungut. Kesian...kesian. Tetapi sekarang ini tidak tahu kemana destinasi mereka pula kerana sudah beberapa bulan tidak kelihatan.


Yang terbaharu yang ingin saya katakan ialah gulungan orang kita yang agak berumur sikit. Cara mereka meminta derma agak berbeza. Pagi-pagi kelihatan mereka akan tiba dengan kereta. Parking hadapan bank dan mengeluarkan kerusi dan juga satu tabung plastik yang tertulis "Tabung Pembinaan" dan meletakan di satu suhdut sebagai pejabat mereka dibersebelahan pintu keluar-masuk bank. Kerjanya mudah. Hanya dengan ayat..." Derma bang", "Derma che" atau apa-apa lagi. Yang best tu....kedai saya di bangunan bank yang sama dan sudah menjadi lumrah keluar-masuk beberapa kali kedalam bank setiap hari. Setiap kali saya masuk-keluar bank setiap kali itulah meminta kepada saya. Kadang-kadang tau sajalah....... walau pun begitu saya tidak pernah nak komen tentang aktiviti mereka ini tetapi sekali sekala tu adalah di kedai kopi.

Sekarang kenapa saya nak komen????. Kerana semalam ketika saya beratur untuk memasukan cek kedalam mesin cek disalah sebuah bank di Temerloh saya lihat seorang yang pemurah menghulurkan RM10 kepada peminta derma ini. kemudian dia memberi resit tanpa tulis apa-apa. Lepas itu dia membuka buku resit itu semula dan melipat cebisan salinan resit pada buku resit tersebut. Soalannya kenapa dia buat begitu? Difahamkan satu berita mengenai kegiatan mereka ini melalui subuah akhbar sebelum ini mereka ini digajikan sebanyak RM900.00 untuk kerja-kerja ini. Tetapi kalau saya tengok pada gelagat ini semalam rasanya pendapatan mereka melebihi gaji pengurus bank itu sendiri..wallahu'alam.

Lagi pulak katakan kalau koleksi sehari RM500...sebulan dah jadi hampir RM15,000. Kalau setahun dah hampir RM180,000. Itu baru satu 'ofis' setahun belum campur faedah bank. Tidak mungkin projek di utara Malaysia, ofis hanya di Temerloh. Sudah pasti ofis di merata Malaysia. Soalanya kenapa bangunan yang di cadangkan tidak siap-siap sampai sekarang setelah bertahun-tahun mengumpul dana pembangunan ini? 

Saya bukan menidakkan untuk orang meminta derma. Malah menggalakkan untuk membantu orang yang betul-betul memerlukan. Islam pun menyuruh umatnya bersedekah. Tapi kalau kita sudah tahu derma itu pergi kepada jalan tak betul, kenapa mesti kita membodohkan diri kita. Lepas tu merungut sendirian. Siapa bodoh!

Jabatan Agama Islam juga elok lah memantau pergerakan mereka ini supaya apa yang dilakukan mereka mempunyai kelulusan dari pihak berwajib untuk tempoh tertentu. 

Semoga bangunan yang dicadangkan disegerakan agar ramai yang akan mendapat menafaat darinya kerana memberi ilmu adalah dituntut dalam Islam.

 Ok...itu saja kali ini....renung renungkan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan