Taman Temerloh Jaya bukanlah asing lagi bagi mereka yang tinggal di sekitar Temerloh malah ianya mempunyai beberapa keistimewaan yang terdapat di sekelilingnya. Sudah hampir 20 tahun taman ini terbina dengan kepadatan lebih dari 3000 buah rumah dan hampir 80% infrastrukturnya lengkap untuk menjadi sebagai sebuah taman satelit seperti yang di cadangkan oleh Ahli Parlimen Temerloh pada ketika itu, Dato' Sabarudin Chik semasa merasmikan taman ini 20 tahun yang lalu
Untuk taman ini mencapai taraf sebagai taman satelit seperti yang di impikankan maka perancanganya agak masih jauh kerana ketiadaan pasar basahnya, stesyen bas, stesyen minyak, bank dan lain-lain lagi. Walaupun Taman ini tidak mencapai taraf yang di impikan tapi saya rasa sudah memadai kerana sesuatu yang penting bagi penduduk disini yang kebanyakan bangsa melayu (semestinya beragama Islam) telah memperolehi sesuatu yang paling bermakna iaitu sebuah masjid yang tersergam indah yang saya percaya telah diuruskan dengan baik sehingga ketika ini.
(Kemudahan-kemudahan asas seperti kedai minyak, supermarket, pusat makanan segera, kedai makanan panas, kedai-kedai runcit dan warung-warung boleh didapati dengan mudah disekitarnya hanya mengambil masa perjalanan antara 5-10 minit sahaja. Dengan kemudahan-kemudahan yang ada inilah menyebabkan Taman ini menjadi seperti goreng pisang panas untuk orang-orang luar membeli atau pun menyewa di kawasan ini. )
Berbalik kita kepada masjid yang telah terbina sejak 3 tahun yang lalu, masjid ini telah di gunapakai dengan sebaik-baiknya. Setiap malam ada saja ceramah-ceramah agama diadakan untuk diselitkan antara waktu maghrib-isyak. Telah banyak penceramah-penceramah dari luar yang telah di undang termasuklah Penceramah Ustaz Azhar Idrus yang telah datang memberi ceramah di masjid ini dan saya difahamkan akan lebih ramai lagi penceramah-penceramah tersohor akan diundang dimasa-masa yang akan datang. Disamping itu juga masjid ini memang terkenal dengan jumlah kehadiran para jemaah yang begitu membanggakan tidak kira samada waktu subuh, dzuhur, asyar, maghrib atau pun isyak dari semua gulungan. Suasana sebegini jarang-jarang di temui di tempat-tempat lain.
Olih itu, untuk tujuan penambahbaikan masjid ini, pihak AJK masjit telah melancarkan tabung derma sebagai dana untuk mengadakan beberapa kemudahan serta penambahbaikan yang lain seperti kipas angin gergasi (RM70K), Setor (RM30K) dan juga ruang letak kereta dan kemudahan lain dalam anggaran RM1,000K). Sejak bermulanya kutipan dana sejak 2 bulan yang lalu, pihak AJK telah berjaya mengumpul hampir RM150K dan telah berjaya melaksanakan pemasangan kipas gergasi pada pertengahan bulan Mei dan kejayaan ini telah telah disambut baik oleh semua para jemaah dengan disusuli solat sunat hajat serta jamuan santai.
(Gambar hiasan - Masjid Al-Ansar Tmn Keramat)
Dengan terpasangnya kipas gergasi ini, maka Masjid Temerloh Jaya telah melakar sejarah ulungnya yang tersendiri sebagai masjid pertama samada di Temerloh atau di Pahang atau pun juga di negeri-negeri Pantai Timur yang mempunyai kipas gergasi seperti itu (Kipas seperti ini sebelum ini telah digunakan di Masjid Al-Ansar Taman Keramat, Kuala Lumpur, Masjid Johor Jaya, Masjid Jamik Kota Tinggi dan Masjid Al Iman Ash-Shafie Taman Maluri) dan insyaAllah selepas ini lebih banyak lagi masjid-masjid yang akan beralih menggunakan kipas gergasi ini. Kesan yang dapat kita rasakan ialah kekuatan angin dan yang pentingnya untuk jangka panjang ia difahamkan dapat mengurangkan penggunakan tenaga letrik sehingga 30%.
Bagi para penyumbang dana dan para dermawan sudah pastinya akan mendapat ganjaran pahala yang berpanjangan selagi kipas gergasi ini terus berpusing di dalam rumah Allah yang indah ini. MasyaAllah begitu mudahnya untuk mendapatkan pahala di dunia untuk bekalan dihari akhirat.
Jadi kepada sisiapa terdetik dihatinya untuk menyumbang kepada Masjid Temerloh Jaya bagi tujuan penambahbaikan prasarana masjid ini, sila dapatkan borang sumbangan ataupun untuk mendapatkan keterangan lanjut sila hubungi AJK masjid Taman Temerloh Jaya. Pihak AJK dan penduduk Taman Temerloh Jaya menjemput semua muslimin- muslimat di kawasan berdekatan untuk datang mengimarahkan lagi rumah Allah di Taman Temerloh Jaya ini.
Allah S.W.T. telah berfirman:Maksudnya:
Perupamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah (kebaikan) adalah serupa dengan sebutir biji benih yang menumbuhkan tujuh dahan, pada tiap-tiap dahan itu (berbuah) seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang Dia kehendaki dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.
(Surah al-Baqarah: Ayat 261).